Ayat Quran

Segala isi dari Al Quran yang saya 'post'kan disini adalah terjemahan sahaja. Bukan makna ayat. Pembaca dinasihatkan supaya semak sendiri dari Quran & guru masing².

Kepercayaan...

Segala apa berita yang penulis cuba sampaikan disini, janganlah para pembaca terus percaya & ambil bulat². Buatlah sedikit penyelidikan sebelum terima.

Thursday, April 22, 2010

LHC ( Large Hadron Collider ).




klik gambar untuk besarkan

Aku dapat info ni daripada satu forum. Tidak berapa faham apa yang cuba mereka kerjakan. Almaklumlah, bahasa Inggeris ku tidak begitu memberangsangkan. Setelah bertanyakan pak cik kesayangan Google. Kelihatan seperti mereka mahu cuba mencipta satu partikel atom???

Adakah mereka cari jawapan untuk teori 'big bang'? Pendapat aku lah tak perlulah korbankan masa dan duit untuk benda begini. Quran & Hadis cukup sebagai panduan.

Seperti biasa, mereka barabis (berhabis) berbillion dolar. Semoga apa yang mereka belanjakan mendapat kebaikan (hidayah & petunjuk dari Allah)

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

(Ali 'Imran : 190-191)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Siapa lagi orang yang lebih zalim daripada orang yang mencoba membuat ciptaan seperti ciptaan-Ku? Mereka boleh mencoba menciptakan sebuah atom atau menciptakan biji-bijian atau menciptakan jelai. (Shahih Muslim No.3947)

*Jelai = sejenis gandum (nama saintifik = Hordeum vulgare)

Allah Maha Berkuasa atas sesuatu.

sumber:

http://en.wikipedia.org/wiki/Large_Hadron_Collider

http://www.news.com.au/technology/large-hadron-collider-fires-up-again/story-e6frfro0-1225801521930


http://opi.110mb.com/haditsweb/muslim/b37_pakaian_dan_perhiasan.htm

Kitab suci Al-Quran

Wednesday, April 21, 2010

Sekolah Lama Aku

Salam buat pembaca...

Sudah 3 tahun tidak meletakkan apa-apa di blog ini. Rasa seperti ada keganjilan di situ. Hati menyuruh memulakan semula tetapi jari ini tak tahu nak menaip apa (bukan jari tapi otak yang lembab). Sedang berkira² apa tajuk nak di 'post' kan, jari ini dengan sendirinya melawat Pak Cik Google kesayangan lalu bertanyakan nama sekolah lama. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) dan terjumpa ini.



klik gambar untuk besarkan

Tapi bukan itu yang hendak ditunjukan tapi isi dalam bulatan merah itu "SMK Bandar Baru Uda sasar muncul sekolah menengah contoh". Agak bercampur baur jugalah perasaan ini (rindu, bangga, gembira, & sedih pun ada) bila baca isi kandung blog tersebut yang diambil dari keratan akhbar tempatan. Di bawah ada saya 'paste'kan isi kandungnya.

Perkataan berwarna hijau adalah ayat dari saya..

SMK Bandar Baru Uda sasar muncul sekolah menengah contoh

JOHOR BAHRU 4 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda menyasarkan untuk muncul sekolah menengah contoh di kalangan sekolah bukan berasrama dan sekolah terpilih bagi daerah ini menjelang 2014.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, sasaran itu boleh dicapai memandangkan pencapaian akademik, kokurikulum dan aktiviti kerohanian yang diadakan di sekolah tersebut adalah seimbang.

Menurutnya, SMK Bandar Baru Uda yang diketuai oleh Pengetuanya, Fauziah Dawam telah berjaya mewujudkan suasana sekolah yang kondusif, hubungan komuniti yang harmoni serta pembentukan sahsiah pelajar yang cemerlang.

"Pada dasarnya saya cukup bangga kerana sekolah yang baru berusia 13 tahun (14 tahun lah) dan lebih muda jika dibandingkan sekolah-sekolah lain telah menunjukkan pencapaian akademik yang amat memberangsangkan. (saya adalah salah sorang pelajar 1st batch masa tu yang terdiri daripada tingkatan 1 & 2 dan saya berada di tingkatan 1 pada tahun 1995. mula masuk ke sekolah ini pada pertengahan tahun tersebut dengan keadaan yang tidak mempunyai elektrik. ♪♫ ini... serius...♪♫ bak kata 'wonder pet'. Bersyukur la beb, orang terdahulu dari kita lagi tak cukup peralatan. Nasib baik ada air. Awal tahun kami adalah meminjam sekolah lain iaini Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Utara. Masuk tahun baru 1996, barulah kami belajar dengan lebih selesa sebab elektrik dah ada).

"Sekolah ini bukan kategori sekolah berasrama penuh dan bukan sekolah terkawal tetapi jika diamati pencapaian akademik, kokurikulum, sukan dan kegiatan komuniti menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah antarabangsa," katanya.

Samsol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang berkata demikian ketika berucap mempengerusikan Mesyuarat Agung ke-13 PIBG SMK Bandar Baru Uda di sini baru-baru ini.

Utusan Malaysia Online: 5 Mac 2009


Lagu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda.