Ayat Quran

Segala isi dari Al Quran yang saya 'post'kan disini adalah terjemahan sahaja. Bukan makna ayat. Pembaca dinasihatkan supaya semak sendiri dari Quran & guru masing².

Kepercayaan...

Segala apa berita yang penulis cuba sampaikan disini, janganlah para pembaca terus percaya & ambil bulat². Buatlah sedikit penyelidikan sebelum terima.

Tuesday, August 17, 2010

SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR ADALAH SEDEKAH ALLAH.

Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus



JARAK PERJALANAN YANG MEMBOLEHKAN
SEMBAHYANG DIQASARKAN


Ulama’ telah berbeza pendapat tentang jarak perjalanan yang dianggap sebagai safar sehingga dibolehkan sembahyang diqasarkan serta berbuka puasa. al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah berkata:


… hal ini (jarak perjalanan yang dianggap sebagai musafir) termasuk masalah yang banyak diperselisihkan oleh para ulama’. Dalam masalah ini, Ibnu Mundzir dan selainnya menyebutkan sekitar dua puluh pendapat.[1]


Perbezaan pendapat ini berpunca dari beragamnya hadis-hadis serta atsar-atsar dari para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang jarak perjalanan minima yang mereka lalui lalu mereka mengqasarkan sembahyang. Namun begitu pendapat yang dipakai di Malaysia adalah dua marhalah (bersamaan dengan 83 kilometer).


Selanjutnya Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah mengulas tentang perbezaan jarak ini dengan berkata:


Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa jarak perjalanan yang dibolehkan mengqasarkan sembahyang ialah lapan puluh tiga kilometer. Ulama’ yang lain berpendapat jaraknya sesuai menurut adat yang berlaku. Iaitu jika dia melakukan perjalanan yang menurut adat sudah disebut sebagai safar maka dia telah melakukan safar meskipun jaraknya belum sampai lapan puluh kilometer. Adapun jika perjalanannya menurut adat belum dikatakan safar meskipun jaraknya 100 kilometer, maka dia belum disebut safar.[2]


Pendapat terakhir inilah yang dipilih oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyah rahimahullah. Yang demikian ini adalah kerana Allah dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menentukan jarak tertentu untuk dibolehkan melakukan qasar.[3]


Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah menegaskan bahawa ada dua bentuk pandangan ulama’ dalam hal jarak perjalanan yang diperbolehkan sembahyang qasar. Satu kelompok membatasi jarak yang tertentu manakala kelompok yang satu lagi tidak membatasinya melainkan ianya ditentukan menurut adat kebiasaan lingkungan perjalanan seseorang. Beliau telah menguatkan pendapat kelompok kedua sebagaimana Syaikh al-Islam. Dengan ini dapat kita fahami bahawa antara faktor yang menyebabkan terdapat beberapa hadis dan atsar yang menunjukkan batas minima yang berbeza jaraknya dalam isu sembahyang qasar ini adalah disebabkan perbezaan dalam adat kebiasaan perjalanan yang diklasifikasikan sebagai safar di antara para sahabat Nabi radhiallahu 'anhum.


Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam sebenarnya tidak pernah meletakkan had batasan yang memperbolehkan kita mengqasarkan sembahyang. Tetapi baginda akan senantiasa mengqasarkan sembahyang apabila baginda bermusafir keluar dari Madinah. Syaikh al-Albani rahimahullah dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah (jld 1, ms. 367) telah menurunkan kata-kata Imam Ibnu Mundzir:


Sungguh saya tidak mengetahui bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ada mengqasarkan sembahyang dalam satu perjalanan kecuali setelah keluar dari Madinah.[4]


Kenyataan Ibnu Mundzir ini adalah selari dengan sebuah riwayat dari Abdullah ibnu Umar radhiallahu 'anhuma , dia berkata:


Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika keluar dari kota Madinah, baginda tidak menambah rakaat sembahyang-sembahyangnya melebihi 2 rakaat (kecuali Maghrib) sehinggalah baginda kembali ke kota Madinah.[5]


Syaikh Abu Ubaidah Masyhur pula berkata:


Namun pendapat yang shahih menurut para ulama’ yang sangat teliti bahawa jika menurut adat kebiasaan seseorang satu jarak tertentu sudah boleh dianggap melakukan safar, maka dia dianggap telah boleh mengerjakan jamak mahupun qasar. Ini lebih sesuai dengan slogan Islam yang selalu memberikan kemudahan kepada umatnya. Ini adalah kerana dengan meletakkan had batasan seperti hanya boleh mengqasarkan sembahyang selama tiga hari atau batasan-batasan lainnya, boleh mengakibatkan musnahnya kemudahan yang diberikan syari’at Islam.[6]


Manakala Syaikh al-Syinqithi rahimahullah pula berkata:


Pendapat yang paling kuat dan dapat dijadikan sebagai hujjah menurutku adalah pendapat orang yang menyatakan: “Sesungguhnya semua yang dikategorikan sebagai safar sekalipun jaraknya tidak jauh maka diperbolehkan pelakunya untuk mengqasarkan sembahyang, sebab dalam nas[7] hanya disebutkan safar secara mutlak (tanpa dibatasi dengan ukuran jarak mahupun hari).[8]


Oleh itu tiada sesiapa yang berhak untuk meletakkan batasan tentang jauh jarak perjalanan yang diperbolehkan seseorang itu bersembahyang qasar kecuali Allah 'Azza wa Jalla dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam. Ternyata Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak meletakkan batasan jarak tersebut maka ianya bergantung kepada kebiasaan lingkungan perjalanan harian seseorang individu. Apatah lagi terdapat hadis-hadis yang menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengqasarkan sembahyang dalam perjalanan yang kurang dari dua marhalah. Apabila Anas bin Malik radhiallahu 'anhu ditanya tentang solat qasar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau menjelaskan:


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila keluar dalam satu perjalanan yang berjarak tiga mil atau tiga farsakh[9] (Syu’bah ragu-ragu) maka baginda sembahyang hanya 2 rakaat.[10]


Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah:


Ini merupakan hadis yang paling shahih dan tegas dalam menjelaskan hal tersebut (jarak yang diperbolehkan mengqasar sembahyang). Namun para ulama’ yang tidak sependapat memahami bahawa yang dimaksudkan adalah batas dimulainya baginda mengqasarkan sembahyang dan bukan batas jarak akhir perjalanan. Akan tetapi sangat jelas betapa pemahaman ini sangat jauh dari kebenaran. Sementara al-Baihaqi telah menyebutkan dalam riwayatnya melalui jalur ini bahawa Yahya bin Yazid radhiallahu 'anhu berkata:


Aku bertanya kepada Anas tentang mengqasarkan sembahyang dan saat itu aku akan keluar menuju Kufah (iaitu dari Bashrah), apakah aku sembahyang dua rakaat dua rakaat hingga kembali.” Anas juga berkata: “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan perjalanan sejauh tiga mil atau tiga farsakh maka baginda sembahyang 2 rakaat.”[11]


Nampak dari sini bahawa beliau (Yahya bin Yazid) bertanya kepada Anas tentang bolehnya mengqasarkan sembahyang ketika safar bukan tentang tempat di mana harus dimulakan mengqasarkan sembahyang.[12]


Imam Muhammad bin Ismail al-Shon’ani rahimahullah pula berkata berkaitan dengan hadis di atas:


Adapun yang dimaksudkan dengan kalimat “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan perjalanan” itu ialah apabila baginda sudah berniat melakukan perjalanan sejauh sedemikian. Jadi bukan dimaksudkan bahawa apabila baginda ingin berjalan jauh, maka beliau tidak mengqasar sembahyang setelah mencapai jarak sedemikian.[13]


Seterusnya sebuah riwayat dari Anas bin Malik radhiallahu 'anhu, dia berkata:


Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Zuhur empat rakaat di Madinah dan bersembahyang Asar di Dzil Hulaifah dua rakaat.[14]


Sebagaimana yang telah sedia maklum jarak perjalanan dari Madinah ke Dzil Hulaifah adalah 7 mil iaitu bersamaan dengan antara 12 hingga 13 kilometer. Hadis ini juga adalah sebagai bukti bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengqasarkan sembahyang walaupun jarak perjalanan tersebut adalah kurang dari dua marhalah (83 kilometer).


Syaikh Muhammad Abdussalam al-Syaqiry pula berkata:


Sebuah riwayat dari Ibnu Umar: “Jika aku keluar satu mil, maka aku akan mengqasar sembahyang.” Ini menegaskan bahawa pengertian safar dan hukum musafir yang membolehkan untuk mengqasarkan sembahyang, membuka puasa adalah perjalan sejauh satu mil atau lebih.[15]


Kini sudah semakin jelas bagi kita Insya-Allah, dua marhalah atau lapan puluh tiga kilometer bukanlah batasan yang baku untuk membolehkan kita mengqasarkan sembahyang.[16] Maka bukanlah menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bermusafir kurang dari dua marhalah untuk mengqasarkan sembahyangnya. Malah ini merupakan satu nikmat kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala anugerahkan kepada hamba-Nya maka kecapilah nikmat anugerah-Nya itu tanpa was-was.




[1] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, (edisi terjemahan oleh Gazirah Abdi Ummah, Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), jld. 6, ms 128. Seterusnya kitab ini hanya akan disebut sebagai Fathul Baari.

[2] Contohnya sekiranya seseorang itu rumahnya di Rembau, Negeri Sembilan dan setiap hari dia berulang-alik ke Kuala Lumpur kerana tempat kerjanya di sana, maka dia tidak dianggap sebagai musafir meskipun perjalanannya melebihi dua marhalah kerana ianya termasuk perjalanan yang berada dalam lingkungan kebiasaannya. Namun begitu bagi seseorang yang rumah dan pejabatnya di Kuala Lumpur, tetapi dia melakukan perjalanan ke Nilai kerana menziarah keluarganya maka dia tetap dianggap sebagai musafir walaupun jarak perjalan tersebut kurang dari dua marhalah. Ini adalah kerana perjalanan tersebut di luar perjalanan yang menjadi adat kebiasaannya.

[3] Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’’ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, (edisi terjemahan oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah dan Irwan Raihan, Pustaka Arafah, Solo, 2002) ms. 412-413. Selepas ini buku ini akan disebut sebagai “Majmu’’ Fatawa : Bab Ibadah”.

[4] Dinukil dari Panduan Ibadah Dalam Musafir Penerbangan, (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2000), ms. 182, oleh Hafiz Firdaus Abdullah.

[5] Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibnu Majah, Kitab Iqamah al-Shalah wa al-Sunnah Fiha, hadis no. 1067.

[6] Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 420-421.

[7] Syaikh al-Syinqithi sebenarnya merujuk keumuman lafaz dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang” (al-Nisaa’ (4):101)

[8] Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 421.

[9] Satu mil bersamaan dengan 1,748 meter manakala satu farsakh pula bersamaan dengan 5,541 meter. 3 mil bersamaan dengan 1 farsakh.

[10] Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, Kitab Shalat Musafiraini wa Qasaruha, hadis no. 691.

[11] Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad, hadis no. 12313 dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth. Bagi Musnad Ahmad edisi 6 jilid, rujuk jld. 3, ms. 129.

[12] al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 6, ms 133.

[13] Imam Muhammad bin Ismail al-Shon’ani, Subulus Salam, jld. 2, ms. 160.

[14] Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, Kitab Shalat Musafiraini wa Qasaruha, hadis no. 690.

[15] Syaikh Muhammad Abdussalaam Khadr al-Syaqiry, Bid’ah-Bid’ah Yang Dianggap Sunnah (edisi terjemahan oleh Achmad Munir Awood Badjeber & Imam Sulaiman, Qisthi Press, Jakarta, 2004), ms. 108.

[16] Ingin penulis tambah di sini bahawa dalil yang dijadikan sandaran berkaitan dengan jarak 2 marhalah sebagai batasan yang diperbolehkan untuk mengqasarkan sembahyang adalah sebuah hadis yang dha’if (lemah) diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu: “Wahai penduduk Mekah, janganlah kamu sekalian mengqasarkan sembahyang (bagi jarak perjalanan) yang kurang dari 4 barid (2 marhalah) iaitu dari Mekah ke Asfan.” Berkata Imam al-Syaukani rahimahullah:


Hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah kerana dalam sanadnya (jalur perawi yang meriwayatkan hadis ini) terdapat Abdul Wahhab bin Mujahid bin Jubair, dia adalah matruk (tertolak). Imam al-Nawawi juga menyatakan beliau adalah pendusta. Menurut al-Uzdy, riwayat ini tidak sah darinya (iaitu dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu) kerana perawi yang meriwayat darinya adalah Isma’il bin Iyash dan dia adalah dha’if (lemah di kalangan orang-orang Hijaz) dan Abdul Wahhab tersebut adalah orang Hijaz. Yang benar, hadis ini adalah mauquf (terhenti) pada Ibnu ‘Abbas, sebagaimana yang ditakhrij oleh al-Syafi’i darinya dengan sanad yang shahih. [Imam Muhammad al-Syaukani, Nailul Authar, jld. 3, ms. 481.]


Hadis yang mauquf adalah perkataan atau perbuatan atau taqrir (persetujuan) yang disandarkan kepada seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Riwayat mauquf tidak dijadikan hujjah dalam menentukan hukum agama kecuali jika terdapat ijma’ (kesepakatan) di kalangan para sahabat. Ternyata dalam permasalahan ini tidak wujud kesepakatan di kalangan para Sahabat radhiallahu 'anhum tentang jarak 4 barid atau 2 marhalah sebagai batas minima yang diperbolehkan mengqasarkan sembahyang. Yang lebih patut diunggulkan adalah hadis shahih yang diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiallahu 'anhu yang telah penulis turunkan di atas. Wallahu’alam.

Wednesday, August 11, 2010

APA YANG 'MEREKA' ANGGAP TENTANG 'KITA'

Di kutip dari mailbox penulis... penulis rasa ianya betul berdasarkan pengalaman penulis membaca & ber'borak' dengan non-muslim...

Hayati...















kredit to nayzak

Thursday, August 5, 2010

Answers To Non-Muslims by Dr Zakir Naik [4] (Alih bahasa)

Alih Bahasa dari tajuk

Answers To Non-Muslims by Dr Zakir Naik [4]


this article is part of the Answers to Non-Muslims series by Dr Zakir Naik.

3. TUDUNG UNTUK WANITA


Soalan:

Mengapa Islam menjatuhkan wanita dengan menyembunyikan mereka di belakang tabir?







Jawapan:

Status perempuan dalam Islam sering menjadi sasaran serangan di media sekular. 'HIjab' atau pakaian Islam disebut oleh banyak orang sebagai sebuah contoh dari 'penaklukan' kaum wanita dalam undang-undang Islam. Sebelum kita menganalisa alasan di sebalik tudung yang dituntut dalam agama, mari kita mempelajari status perempuan dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam.


1. Pada masa lalu wanita direndahkan dan digunakan sebagai objek pemuas nafsu

Contoh berikut dari sejarah hanya menggambarkan kenyataan bahawa status perempuan dalam tamadun dahulu sangat rendah sehingga takat menyangkal martabat dasar manusia mereka:

a. Peradaban Babylonian :

Para wanita itu memalukan dan ditolak semua hak-hak di bawah undang-undang Babylonian . Jika seorang lelaki membunuh seorang wanita, bukan lelaki yang dihukum, tetapi isteri lelaki itu yang dihukum bunuh.

b. Peradaban Greek:

Peradaban Greek dianggap sebagai yang paling cemerlang dari semua tamadun purba. Di bawah sistem sangat cemerlang' ini, perempuan kehilangan semua hak-hak dan dipandang rendah. Dalam mitologi (mitos) Greek, seorang 'wanita khayalan' yang dipanggil 'Pandora' adalah punca penyebab kemalangan manusia. Orang-orang Greek menganggap wanita hanya separuh manusia dan lebih rendah martabat daripada lelaki. Meskipun kesucian perempuan sangat berharga, dan perempuan dijunjung tinggi, orang-orang Greek kemudian diselubungi oleh ego dan menyalahgunakan seks. Pelacuran menjadi amalan biasa di antara semua lapisan masyarakat Greek.

c. Peradaban Rom:

Ketika Tamadun Rom berada di puncak 'kegemilangan', seorang lelaki memiliki hak untuk mengambil nyawa isterinya. Pelacuran dan ketelanjangan adalah biasa di antara rakyat Rom.

d. Peradaban Mesir:

Para wanita Mesir dianggap jahat dan sebagai tanda dari syaitan.

e. Pra-Islam Arab:

Sebelum merebak Islam di Arab , orang Arab memandang rendah pada perempuan dan selalu sangat ketika seorang anak perempuan lahir, ia ditanam hidup-hidup.


2. Islam mengangkat wanita dan memberi mereka kesetaraan dan mengharapkan mereka untuk mempertahankan status mereka.

Islam mengangkat status perempuan dan memberi mereka hak-hak mereka 1400 tahun yang lalu. Islam mengharapkan wanita untuk mempertahankan status mereka.

Hijab untuk lelaki

Orang-orang biasanya hanya membahas 'hijab' dalam konteks perempuan. Namun, dalam Al-Quran, Allah (swt) menyebutkan 'hijab' untuk laki-laki dahulu sebelum 'hijab' bagi perempuan. Al-Quran menyebutkan dalam Surah An Nur:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

[Al-Qur'an 24:30].

Saat seorang lelaki melihat seorang wanita dan jika ada bayangan yang kurang elok atau tidak senonoh datang ke fikiran, ia harus merendahkan pandangannya.

Jilbab bagi perempuan.

Ayat seterusnya Surah An Nur , berkata:

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, bahawa mereka harus menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka, bahawa mereka tidak harus menunjukkan keindahan dan perhiasan kecuali apa yang (biasanya) muncul dari padanya; bahawa mereka harus menarik tudung atas dada mereka dan tidak menunjukkan kecantikan mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, ayah suami mereka, anak mereka ... "

[Al-Qur'an 24:31]

3. Enam kriteria untuk Hijab.

Menurut Al-Quran dan Sunnah pada dasarnya ada enam kriteria untuk dikatakan tudung:

  1. Luas:

    Kriteria pertama adalah peringkat tubuh yang harus ditutupi. Hal ini berbeza untuk lelaki dan wanita. Kewajipan bagi laki-laki adalah menutup tubuh sekurang-kurangnya dari pusat hingga lutut. Untuk perempuan, yang merangkumi peringkat wajib adalah untuk menutup tubuh lengkap kecuali wajah dan tapak tangan hingga pergelangan tangan. Jika mereka mahu, mereka juga boleh menutup bahagian² tersebut. Beberapa ilmuan Islam berkeras mengatakan bahawa wajah dan tangan adalah sebahagian daripada tahap wajib 'tudung'.

    Semua sisa lima kriteria yang sama untuk lelaki dan wanita.

  2. Pakaian yang dikenakan harus longgar dan tidak akan terlihat bentuk.

  3. Pakaian yang dikenakan tidak boleh telus seperti seseorang dapat melihat melaluinya.

  4. Pakaian yang dikenakan tidak boleh begitu menyerlah seperti untuk menarik perhatian jantina yang lain.

  5. Pakaian yang dikenakan tidak boleh menyerupai jantina yang lain.

  6. Pakaian yang dikenakan tidak boleh menyerupai orang-orang yang kafir iaitu mereka tidak boleh memakai pakaian yang secara khusus menggambarkan identiti atau simbol agama-agama orang-orang yang kafir '.

4. Hijab antara lain termasuk perilaku dan perangai

'Hijab' yang lengkap, selain enam kriteria berpakaian, juga meliputi perilaku moral, perilaku, sikap dan keinginan individu. Seseorang hanya memenuhi kriteria 'hijab' dari segi pemakaian adalah yang memerhati 'hijab' dalam erti yang terhad. 'Hijab' dari pakaian harus disertai oleh 'hijab' mata, 'hijab' hati, 'hijab' berfikir dan 'hijab' niat. Hal ini juga termasuk cara orang berjalan, cara berbicara seseorang, cara perilakunya, dll


5. Hijab menghalang gangguan

Alasan mengapa Hijab disyariatkan bagi perempuan adalah disebutkan dalam Al-Quran dalam ayat-ayat berikut Surah Al-Ahzab:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

[Al-Quran 33:59.]

Al-Quran mengatakan bahawa Hijab telah ditetapkan untuk perempuan sehingga mereka dikenali sebagai perempuan yang sopan dan ini juga akan mencegah mereka dari gangguan.


6. Contoh saudara kembar

Misalkan dua saudara perempuan yang kembar, dan yang sama-sama indah, berjalan² di jalan. Salah sorang berpakaian Islam, lengkap tertutup iaitu tubuh ditutupi, kecuali wajah dan tangan hingga pergelangan tangan. Sorang yang lain memakai pakaian barat, skirt pendek atau seluar pendek. Di satu sudut ada penjahat atau penjenayah yang sedang menunggu untuk menangkap, mengusik seorang gadis. Siapa yang akan dia usik? Gadis memakai Hijab Islamik atau gadis memakai skirt pendek atau seluar pendek? Biasanya dia akan menggoda gadis memakai skirt pendek atau seluar pendek. Pakaian tersebut merupakan jemputan tidak langsung kepada lawan sejenis untuk menggoda dan memperkosa . Al-Quran dengan tepat mengatakan bahawa tudung mengelakkan wanita dari diganggu.


7. Hukuman mati bagi perogol

Berdasarkan syariah Islam, seorang lelaki yang dihukum kerana memperkosa seorang wanita, akan diberikan hukuman mati. Banyak yang terpegun pada perkataan 'kejam' ini. Beberapa orang mengatakan bahawa Islam adalah agama bengis dan kejam! Saya telah mengajukan soalan yang mudah untuk beratus-ratus orang non-Muslim. Contohnya, Allah melarang; seseorang perkosaan isteri anda, ibu atau saudara perempuan anda. Anda membuat penghakiman dan perogol dibawa kehadapan anda. Hukuman apa yang akan anda berikan kepadanya? Semua dari mereka berkata mereka akan membunuh dia. Ada sesetengahnya mengatakan mereka akan menyeksa dia sampai mati. Untuk mereka itu aku bertanya, jikalau seseorang perkosa isteri anda atau ibu anda, anda ingin dia mati. Tapi jika kejahatan yang sama dilakukan ke atas isteri atau anak orang lain yang anda katakan hukuman mati adalah kejam. Mengapa harus ada 'double standards'(berat sebelah)?


8. Masyarakat Barat tersilap dakwa telah angkat darjat wanita

Masyarakat Barat membincangkan tentang hak wanita sebenarnya tiada apa² cuma sekadar topeng untuk mengeksploitasi tubuh wanita, mengecilkan jiwa wanitanya, dan merampas kehormatan dirinya. Masyarakat Barat telah mendakwa 'mengangkat darjat' wanita. Sebaliknya telahmenjatuhkan mereka kepada status gundik, perempuan simpanan dan rama-rama masyarakat yang hanya menjadi alat di tangan pencari kesenangan dan pedagang seks, bersembunyi di balik layar warna-warni 'seni' dan 'budaya'.


9. USA salah satunya yang mempunyai rekod pemerkosaan tertinggi

Amerika Syarikat seharusnya menjadi salah satu negara yang paling maju di dunia. Ia juga mempunyai rekod pemerkosaan yang tertinggi di antara negara² di dunia. Menurut laporan FBI, pada tahun 1990, setiap hari purata 1756 kes perkosaan itu dilakukan di Amerika Syarikat sahaja. Kemudian laporan lain mengatakan bahawa purata 1900 kes sehari perkosaan yang dilakukan di Amerika Syarikat. Tahun itu tidak disebutkan. Mungkin tahun 1992, atau 1993. Mungkin orang Amerika punya 'keberanian' pada tahun-tahun berikutnya.

Pertimbangkan sebuah senario di mana tudung Islam diikuti di Amerika. Setiap kali seorang lelaki melihat seorang wanita dan setiap bayangan yang kurang elok atau tidak senonoh datang ke fikiran, ia menurunkan pandangannya. Setiap wanita Islam memakai hijab, yang mana badan penuh tertutup kecuali wajah dan tapak tangan hingga pergelangan tangan. Setelah ini jika ada orang yang melakukan perkosaan, dia diberikan hukuman mati. Saya tanya anda, dalam senario seperti itu, adakah tahap pemerkosaan di Amerika meningkat, ia akan tetap sama, atau akan menurun?


10. Pelaksanaan Syariah Islam akan mengurangkan kadar perkosaan

Biasanya sekilas Syariah Islam dilaksanakan hasil positif tak akan dapat dielakkan. Jika Syariah Islam dilaksanakan di bahagian manapun di dunia, samada Amerika atau Eropah, masyarakat akan bernafas lebih mudah. Hijab tidak menjatuhkan seseorang wanita, tapi mengangkat seorang wanita dan melindungi kehormatan dan kesucian.


Akan bersambung..InsyaAllah..

Wednesday, August 4, 2010

Answers To Non-Muslims by Dr Zakir Naik [3] (Alih bahasa)

Alih Bahasa dari tajuk

Soalan:

Jika seorang lelaki dibenarkan untuk mempunyai lebih dari satu isteri, lalu mengapa Islam melarang seorang wanita dari mempunyai lebih dari satu suami?




Jawapan:

Banyak orang, termasuk beberapa Muslim, soalan logik berkenaan Muslim membolehkan lelaki untuk mempunyai lebih dari satu pasangan sementara menolak 'hak' yang sama bagi perempuan.

Pertama, mari saya tegaskan, bahawa asas masyarakat Islam adalah keadilan dan kesetaraan. Allah telah menciptakan laki-laki dan perempuan sama, tetapi dengan kemampuan yang berbeza dan tanggungjawab yang berbeza. Lelaki dan wanita berbeza, fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Lelaki dan wanita adalah sama dalam Islam, tetapi tidak serupa.

Surah Nisa '4 ayat 22-24 memberikan senarai wanita dengan lelaki Muslim yang tidak boleh berkahwin. Selanjutnya disebutkan dalam Surah Nisa '4 ayat 24 "Juga (dilarang iaitu) perempuan yang sudah berkahwin"

Hal-hal berikut ini menyebutkan alasan mengapa poliandri dilarang dalam Islam:

1. Jika seorang lelaki mempunyai lebih dari satu isteri, orang tua dari anak-anak yang lahir dari perkahwinan itu dengan mudah dapat dikenalpasti. Sang ayah serta ibu dengan mudah dapat dikenalpasti. Dalam kes seorang wanita berkahwin lebih daripada satu suami, hanya ibu dari anak-anak yang lahir dari perkahwinan tersebut akan dikenalpasti dan bukan ayahnya. Islam memberikan kepentingan besar untuk pengenalan kedua-dua orang tua, ibu dan ayah. Pakar psikologi mengatakan bahawa anak-anak yang tidak mengenali ibubapa mereka, terutama bapa mereka, mengalami trauma dan gangguan mental yang berat. Seringkali mereka mempunyai anak yang tidak bahagia. Ini adalah sebabnya anak-anak dari pelacur tidak memiliki waktu kecil yang sihat. Jika anak yang lahir di luar nikah tersebut diterima di sekolah, dan ketika sang ibu menanyakan nama ayah, dia akan memberikan dua atau lebih nama! Saya sedar bahawa kemajuan terkini dalam ilmu pengetahuan telah memungkinkan bagi sang ibu dan ayah untuk dikenalpasti dengan bantuan ujian genetik. Hal ini terjadi pada masa lalu, mungkin tidak berlaku untuk saat ini.

2. Secara semulajadi lelaki lebih kerap beristeri banyak berbanding dengan wanita.

3. Secara biologi, lebih mudah bagi seorang lelaki untuk melakukan tugasnya sebagai suami walaupun mempunyai beberapa isteri. Seorang wanita, dalam kedudukan yang sama, mempunyai beberapa suami, tidak akan mungkin untuk melakukan tugasnya sebagai seorang isteri. Seorang wanita mengalami perubahan psikologi dan beberapa perilaku kerana fasa yang berbeza dari kitaran haid.

4. Seorang wanita yang mempunyai lebih dari satu suami akan mempunyai beberapa pasangan seksual pada masa yang sama dan mempunyai peluang yang tinggi mendapat penyakit kelamin atau penyakit berjangkit seksual yang juga boleh menular kembali kepada suaminya bahkan jika mereka semua bernikah dengan sah. Ini bukan kes seorang lelaki mempunyai lebih dari satu isteri, dan tidak satupun dari mereka mengadakan seks luar nikah.

Alasan diatas ini adalah yang termudah untuk sesiapa saja terfikir. Mungkin ada lebih banyak sebab lagi mengapa Allah yang Maha Bijaksana, telah melarang poliandri.



Akan bersambung...InsyaAllah....