Ayat Quran

Segala isi dari Al Quran yang saya 'post'kan disini adalah terjemahan sahaja. Bukan makna ayat. Pembaca dinasihatkan supaya semak sendiri dari Quran & guru masing².

Kepercayaan...

Segala apa berita yang penulis cuba sampaikan disini, janganlah para pembaca terus percaya & ambil bulat². Buatlah sedikit penyelidikan sebelum terima.

Thursday, April 22, 2010

LHC ( Large Hadron Collider ).




klik gambar untuk besarkan

Aku dapat info ni daripada satu forum. Tidak berapa faham apa yang cuba mereka kerjakan. Almaklumlah, bahasa Inggeris ku tidak begitu memberangsangkan. Setelah bertanyakan pak cik kesayangan Google. Kelihatan seperti mereka mahu cuba mencipta satu partikel atom???

Adakah mereka cari jawapan untuk teori 'big bang'? Pendapat aku lah tak perlulah korbankan masa dan duit untuk benda begini. Quran & Hadis cukup sebagai panduan.

Seperti biasa, mereka barabis (berhabis) berbillion dolar. Semoga apa yang mereka belanjakan mendapat kebaikan (hidayah & petunjuk dari Allah)

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

(Ali 'Imran : 190-191)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Siapa lagi orang yang lebih zalim daripada orang yang mencoba membuat ciptaan seperti ciptaan-Ku? Mereka boleh mencoba menciptakan sebuah atom atau menciptakan biji-bijian atau menciptakan jelai. (Shahih Muslim No.3947)

*Jelai = sejenis gandum (nama saintifik = Hordeum vulgare)

Allah Maha Berkuasa atas sesuatu.

sumber:

http://en.wikipedia.org/wiki/Large_Hadron_Collider

http://www.news.com.au/technology/large-hadron-collider-fires-up-again/story-e6frfro0-1225801521930


http://opi.110mb.com/haditsweb/muslim/b37_pakaian_dan_perhiasan.htm

Kitab suci Al-Quran

1 comment:

Corey said...

Macam macam hal la dorang ni..Dari satu sudut ada positif juga.Sikap Yang tak tahu,jadi tahu. Ilmu bertambah tu.Masalahnya niat dorang tu.Tak ada siapa yang tahu.Sama ada nak mencabar & menidakkan konsep ketuhanan...wallahualam.Gua pernah terbaca artikel(ps:tak ingat sama ada petikan dari Al-Quran / Hadis) yg lebih kurang begini maksudnya..

"...banyak kerosakan di akhir zaman.Dan ada di antaranya akibat dari perbuatan tangan manusia sendiri...".

Sebagai contoh bila ilmu yang ada di tangan seseorang tu disalah guna...

http://unikversiti.blogspot.com/2010/01/gempa-bumi-di-haiti-buatan-amerika.html

Nak try kontrol cuaca..Alahai