Ayat Quran

Segala isi dari Al Quran yang saya 'post'kan disini adalah terjemahan sahaja. Bukan makna ayat. Pembaca dinasihatkan supaya semak sendiri dari Quran & guru masing².

Kepercayaan...

Segala apa berita yang penulis cuba sampaikan disini, janganlah para pembaca terus percaya & ambil bulat². Buatlah sedikit penyelidikan sebelum terima.

Monday, July 23, 2007

Pertanian??

Salam...

Aku sekarang dalam perancangan untuk menjalankan pertanian sendiri. Pertanian apa ek? Erm..banyak sangat yang bermain di benak fikiran aku ni. Setelah hampir 3 bulan aku mencari info² yang mantap untuk aku jadikan panduan bertani, aku dapat beberapa cadangan antaranya :-
  • ternakan keli kanvas/kolam simen (aku dah pegi kursus keli kanvas & beli buku ternakan keli kolam)
  • ternakan ketutu (baru dapat info ringkas dari seorang kawan. cari masa untuk tinjau kolam dia)
  • ternakan lintah & belut (kawan yang sama ternak ketutu)
  • ternakan lebah madu (tak banyak sangat kos, tinggal lagi berani atau tak je nak main dgn lebah)
  • penanaman cendawan (ni pun sama kos takde la tinggi sangat kalau pandau jimat kat pembinaan pondok)
  • burung puyuh (tgh survey lagi)
  • pokok herba (tgh survey gak)
Erm...itu je la kot...agak² mana yang best nak buat ek ...erm..

1 comment:

Corey said...

Ternak ikan ngan lebah la wei...